Tuesday, May 1, 2012

ABAH

Nur Iryani Binti Mohd Yusof. Nama saya adalah Nur Iryani. Mohd Yusof adalah nama arwah abah saya. Indahnya nama manusia itu apabila digabungkan antara nama empunya diri dan nama ayahnya. Kalau tiada ayah, tiada la kita di dunia ini. Sesiapa mempunyai ayah yang masih hidup ketika ini haruslah bersyukur ke hadrat Ilahi. Bertuahnye anda & bersyukurlah~ Ye, pada saat ini saya merindui kasih sayang seorang ayah. Semasa saya kecil, saya xpanggil ayah kandung saya dgn panggilan ayah @ daddy @ baba @ waliq @ papa. Saya panggil 'abah'. Abah adalah seorang lelaki yang terhebat dalam hidup saya. Tiada lelaki lain dapat menggantikan tempat abah. Abah seorang yang tegas, penyayang, bertanggungjawab dan caring. Saya bertuah bcz pernah mpunyai seorang ayah seperti abah. Alhamdulillah.

Namun, setiap manusia di dunia ini pasti akan kembali kepada-Nya. Begitulah dgn abah. Abah meninggalkan saya tanpa ucapan kata-kata terakhir. Tetapi, abah sempat berpesan pada emak supaya menjaga saya dan adik2 dengan baik. Saya hanya dapat melihat abah dgn mata tertutup buat selama-lamanya. Abah pn xsempat melihat saya depan2 buat kali terakhir sebelum menutup mata. Abah meninggalkan saya, emak & adik2 dlm keadaan yg saya xboleh terima sebab pemergiannya. Kenapa lah kat dunia ni ada manusia yang dengki, iri hati & hitam lagi busuk hatinya dgn kebahagiaan & kesenangan orang lain?kenapa?! T_T

Sudahlaa...kenapa nak difikirkan lagi sebab2 abah tinggalkan kami...sudah 5 tahun lebih abah di sana. bukannya abah boleh kembali lagi. Hanya kenangan & pengorbanan abah masih dikenang & terpahat dlm hati kami sekeluarga sekarang ni. Hanya doa daripada saya & adik2 dapat memberi ketenangan pada abah di sana. Doa anak2 yg soleh & solehah dapat membantu abah di sana. InsyaAllah. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa abah, tempatkanlah abah di kalangan orang beriman. amin... T_T

No comments:

Post a Comment