Monday, August 6, 2012

He > May ; Me > October


Bulan Mei

  • Amat mudah jatuh cinta
  • Baik dan jujur dalam perhubungan
  • Pandai menarik hati pasangan
  • Perasaan cinta yang mendalam
  • Mudah untuk dipujuk
  • Kurang suka untuk sentiasa bersama
  • Mudah menerima cinta seseorang
  • Pilihan yang tepat dalam berpasangan
  • Nekad untuk menjaga hubungan yang baik
  • Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)
  • Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan
  • Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan
  • Ambil berat dalam menjaga hubungan
  • Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11


Bulan Oktober

  • Amat suka berkomunikasi dengan pasangan
  • Suka disayangi dan menyayangi pasangan
  • Sopan terhadap pasangan
  • Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan
  • Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya
  • Sukar menerima pandangan pasangan
  • Emosi yang mudah terusik
  • Pengasih, Penyayang terhadap pasangan
  • Cemburu dan terlalu cemburu
  • Romantik
  • Memahami pasangan
  • Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12

Sunday, July 22, 2012

Aku Mencintaimu kerana ALLAH ^_^


Doaku UntukMu



Ya Allah, engKau perkuatkanlah mujahadah ku melawan hawa nafsu yang sentiasa membawa kepada kejahatan...
Ya Allah, engKau titipkanlah kasih sayang di antara kami berdua dengan keredhaan Mu...
Sesungguhnya setiap inci hidup kami adalah kerana Mu...
Maka, engKau jalinkanlah cinta itu demi mengharapkan CINTA MU...
Jauhilah kami dari pelbagai jenis zina mahupun maksiat yang akan mengundang kemurkaanMu semasa dalam perhubungan ini...
Allah, aku berpegang pada firman Mu melalui lidah kekasih Mu Muhammad saw;
..."Jika seorang hambaNya menahan keinginannya dari sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"...


Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata, Rasulullah saw bersabda;
Barangsiapa yang tidak menyayangi sesama manusia, nescaya Allah tidak menyayanginya.(Sahih al-Bukhari, 7376, 6013, Sahih Muslim 2319)

Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulullah saw;
"Seorang wanita itu dikahwini kerana 4 hal; 1-hartanya, 2-nasab keturunannya, 3-kecantikannya atau kerana 4-agamanya. carilah wanita yang beragama, nescaya kamu akan bahagia."( Bukhari, Kitab: Nikah IX/35, No. 5090. Muslim, Kitab: Penyusuan II/2086. No. 1466) 

SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.


credited to~  http://amalnyaimar.blogspot.com/2010/11/aku-mencintaimu-kerana-allah.html




Tuesday, May 1, 2012

ABAH

Nur Iryani Binti Mohd Yusof. Nama saya adalah Nur Iryani. Mohd Yusof adalah nama arwah abah saya. Indahnya nama manusia itu apabila digabungkan antara nama empunya diri dan nama ayahnya. Kalau tiada ayah, tiada la kita di dunia ini. Sesiapa mempunyai ayah yang masih hidup ketika ini haruslah bersyukur ke hadrat Ilahi. Bertuahnye anda & bersyukurlah~ Ye, pada saat ini saya merindui kasih sayang seorang ayah. Semasa saya kecil, saya xpanggil ayah kandung saya dgn panggilan ayah @ daddy @ baba @ waliq @ papa. Saya panggil 'abah'. Abah adalah seorang lelaki yang terhebat dalam hidup saya. Tiada lelaki lain dapat menggantikan tempat abah. Abah seorang yang tegas, penyayang, bertanggungjawab dan caring. Saya bertuah bcz pernah mpunyai seorang ayah seperti abah. Alhamdulillah.

Namun, setiap manusia di dunia ini pasti akan kembali kepada-Nya. Begitulah dgn abah. Abah meninggalkan saya tanpa ucapan kata-kata terakhir. Tetapi, abah sempat berpesan pada emak supaya menjaga saya dan adik2 dengan baik. Saya hanya dapat melihat abah dgn mata tertutup buat selama-lamanya. Abah pn xsempat melihat saya depan2 buat kali terakhir sebelum menutup mata. Abah meninggalkan saya, emak & adik2 dlm keadaan yg saya xboleh terima sebab pemergiannya. Kenapa lah kat dunia ni ada manusia yang dengki, iri hati & hitam lagi busuk hatinya dgn kebahagiaan & kesenangan orang lain?kenapa?! T_T

Sudahlaa...kenapa nak difikirkan lagi sebab2 abah tinggalkan kami...sudah 5 tahun lebih abah di sana. bukannya abah boleh kembali lagi. Hanya kenangan & pengorbanan abah masih dikenang & terpahat dlm hati kami sekeluarga sekarang ni. Hanya doa daripada saya & adik2 dapat memberi ketenangan pada abah di sana. Doa anak2 yg soleh & solehah dapat membantu abah di sana. InsyaAllah. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa abah, tempatkanlah abah di kalangan orang beriman. amin... T_T

Monday, March 26, 2012

This is Me ~

Don't get confused between my personality and my attitude. My personality is WHO I AM, my attitude depends on who you are~

Saya suka dgn kata-kata tersebut. Ye, saya sgt setuju. Saya ni bukanlah baik sgt, tapi bukan la jahat juga. Tetapi, apabila seseorang tu berbuat baik pd saya, maka saya pn berbuat baik padanya. Jika perkara sebaliknya berlaku, maka sebaliknya juga saya lakukan. huhu. tapi tgk keadaan juga la. =) xkan orang buat jahat pada kita, kita nak balas jahat juga???kita buat baik pd mereka, insyaAllah mereka akan berubah jika mereka sedar akan kesilapan mereka itu.

Saya sebenarnya mempunyai 1 masalah memang sejak dulu lagi tidak dapat dielakkan. Saya agak sukar untuk beramah mesra dengan lelaki. Lebih2 lg dgn lelaki yg bajet cool & hensem la. haha. Ntah, kalu dia cool sokmo, segan seyh nk tegur dulu ma. So, better berdiam diri sahaja. Kalu dia mula berbual, baru bleh layan je perbualan dia. Kadang-kadang tu sampai ada yang kata saya ni serius sgt, takut nk diajak berbual @ bergurau. Hmmm...saya memang begini la. Sorry =( Tapi percaya la, saya bukan begitu 24hours. Time bekerja, saya mmg serius. Lagipun, raut wajah saya memang masam mencuka. Xboleh nk ubah dah. Tolong jgn salah faham. Kalau saya senyum sokmo nanti ada orang jatuh hati plak pada saya. huahuahua ^_^

Saturday, February 25, 2012

The past life just a MEMORY~ Begin NEW LIFE~ AGAIN!

Setiap jam, minit dan saat pasti kita ada lakukan kesalahan...Kesalahan yang lepas, yang kita sudah janji pada diri tidak akan ulangi lagi, tetapi hari ini kita buat lagi. Adakah manusia mudah lupa?atau manusia lemah dengan godaan syaitan yang durjana lagi dilaknat Allah swt. Hmmm..kenapa saya lakukannya?kenapa saya mudah sangat terpengaruh?kenapa saya lemah dengan godaan syaitan?semuanya telah berlaku dalam sekelip mata sahaja. Sebenarnya, iman dalam diri kita belum kukuh lagi walaupun, kita kuat solat & tak pernah tinggal pula tu. Tetapi kita tetap lakukan dosa mahupun yang kecil atau besar. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun, Dia membuka sedikit ruang dalam hati kita yang telah sedia gelap dan tercela akibat dosa yang dilakukan untuk menyesali perbuatan keji yang telah kita lakukan. Ya Allah, sangat hebat ujian-Mu padaku. Namun, seperti baru tersedar dari lamunan, saya menangis menyesali segala dosa yang telah dilakukan antara sedar @ tidak pada masa lalu.



SAYA MAHU BERUBAH~! Itulah niat yang saya pasangkan dalam hati saya. Saya mahu berubah dari semua aspek. Saya mahu menjadi seorang wanita yang SOLEHAH. Saya mahu sucikan diri saya dari segala dosa lepas. Saya beriltizam mahu menjadi hamba Allah swt yang sentiasa taat akan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Saya sayang emak saya. Saya sayang adik2 saya. Saya sayang arwah abah saya. Ya Allah, adakah taubatku ini masih punyai peluang sekali lagi untuk diterima oleh-Mu? T_T
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim~