Thursday, February 28, 2013

Adakah AKU calon ISTERIMU yang tertulis di Luh Mahfuz?







Jodohku kelak, saat kita bertemu, maka Allah yang telah mempertemukan kita, saat kau memilihku, maka Allah jualah yang telah memilihkanku untukmu, dan saat aku menerimamu, maka semata kerana Allah jua lah yang mengatur hatiku.


Maka, ketahuilah olehmu, aku hanyalah wanita biasa, yang tak sebijak Khadijah, tak sesabar Fatimah apalagi secerdas Aisyah, pun secantik Hawa. Aku hanyalah wanita akhir zaman, yang sedang berusaha menjadi wanita yang sesuai dengan yang telah diajarkan-Nya dan di tetapkan-Nya atasku.

Aku ingin engkau menjadi imamku,
Duhai yang mampu membuat Allah redha padaku atas redhamu.
Aku ingin menjadi yang teristimewa bagimu,
Duhai yang kelak menghuni tempat terbaik di hatiku.
Aku ingin menjadi makmum yang selalu menuruti gerak tauhidmu,
Duhai yang kelak mengalir di deras arus nadi-nadiku.
Aku akan selalu menundukkan pandangan dan menjaga kehormatanku
Duhai yang kelak menjalin simpul kasih di bilik-bilik jantungku.
Aku inginkan kau menjadi suamiku,
Duhai insan yang mampu mengatur langkahku kejannah-Nya.

Dan semua itu akan sukar bagiku, tanpamu pelengkap agamaku, Imam dalam hidupku….

Wednesday, February 13, 2013

Doaku untukmu~


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
 Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..