Setiap jam, minit dan saat pasti kita ada lakukan kesalahan...Kesalahan yang lepas, yang kita sudah janji pada diri tidak akan ulangi lagi, tetapi hari ini kita buat lagi. Adakah manusia mudah lupa?atau manusia lemah dengan godaan syaitan yang durjana lagi dilaknat Allah swt. Hmmm..kenapa saya lakukannya?kenapa saya mudah sangat terpengaruh?kenapa saya lemah dengan godaan syaitan?semuanya telah berlaku dalam sekelip mata sahaja. Sebenarnya, iman dalam diri kita belum kukuh lagi walaupun, kita kuat solat & tak pernah tinggal pula tu. Tetapi kita tetap lakukan dosa mahupun yang kecil atau besar. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun, Dia membuka sedikit ruang dalam hati kita yang telah sedia gelap dan tercela akibat dosa yang dilakukan untuk menyesali perbuatan keji yang telah kita lakukan. Ya Allah, sangat hebat ujian-Mu padaku. Namun, seperti baru tersedar dari lamunan, saya menangis menyesali segala dosa yang telah dilakukan antara sedar @ tidak pada masa lalu.

SAYA MAHU BERUBAH~! Itulah niat yang saya pasangkan dalam hati saya. Saya mahu berubah dari semua aspek. Saya mahu menjadi seorang wanita yang SOLEHAH. Saya mahu sucikan diri saya dari segala dosa lepas. Saya beriltizam mahu menjadi hamba Allah swt yang sentiasa taat akan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Saya sayang emak saya. Saya sayang adik2 saya. Saya sayang arwah abah saya. Ya Allah, adakah taubatku ini masih punyai peluang sekali lagi untuk diterima oleh-Mu? T_T
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim~